Thursday, July 1, 2010

GHAIB



Ghaib ni ada bermacam2 jenis. Tapi aku nak cerita pasal ilmu ghaib. Tapi ilmu ghaib ni, bukan spt yang korang tengok kat Tv ke atau yg baca kat Mastika ke.. Ilmu Ghaib ni berlaku kat satu office tempat kawan aku kerja. Ada berberapa kes yang pekerjanya ghaib. Ada yang ghaib sewaktu nak buat kerja.. tapi muncul bila kerja selesai. Ada juga yg ghaib bila dah dekat nak gaji.. tapi bila dah lepas gaji baru muncul. Ada jugak yg kerap kali ghaib sampaikan orang ingatkan dia tak de.. rupanya dia ghaib dari pandangan rakan sekerja sahaja.. tetapi sebenarnya kelihatan di lokasi yang lain.. Memang bahaya ilmu Ghaib ni.. Kucing aku di rumah pun pandai ghaib juga.. dia hanya muncul waktu nak makan je.

Hari ni, aku gi kerja, ada 2 orang kawan aku yg ghaib.. Antus dan Sab. Antus rupanya cuti sebab adik iparnya akan melangsungkan perkahwinan, so dia sibuk la. Sab pula rupanya cuti sebab menjaga isterinya di rumah. Mungkin aku terlalu obsess dengan ilmu ghaib ni, sampaikan sapa saja yg aku x nampak, aku fikirkan sudah ghaib.

okaylah.. ini sahaja buat masa ini. Ciao...




- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

No comments: