Tuesday, July 20, 2010

Paya Raja


Serba salah nak cerita ke tak cerita ni, kalau tak cerita korang tak tau pulak nanti....aku cerita jugak lah... Barang diingat, cerita ini boring sikit, sebab cerita dolu2 gambar hitam putih je...Cerita sejarah terpencil yang diolah semula.

Pada zaman dahulu kala ada seorang Raja dari kerabat diraja Thailand telah singgah di negeri Pahang, beliau menetap di daerah Jenderak berhampiran Kg Benom. Tujuan kedatangan raja ini kesitu adalah untuk berehat sebentar sementara membina kekuatan untuk melawan musuhnya, iaitu adiknya yang merampas kuasa darinya. Tempat ini amat sesuai dijadikan kubunya kerana tanahnya subur dan sesuai dijadikan tempat bercucuk tanam. Pada ketika itu orang kampung menyambut baik kedatangan raja ini, maka ramailah orang kampung datang mengadap raja menyatakan taat setia. Ada yang dengan relanya menyerahkan anak gadisnya untuk dijadikan isteri raja. Yang anihnya semuanya tidak kekal bersama, paling lamapun hanya sepurnama sahaja adanya.

Syahdan pada suatu masa tibalah ketikanya untuk membuka sawah padi, ramailah orang kg datang bergotong-royong mengusahakan sawah padi dikawasan itu. Pada masa itu kawasan sawah disitu masih belum ada namanya lagi, jadi Raja itulah diberi penghormatan untuk memberi namanya, Kerabat diRaja Thailand mengelarnya sebagai "Paya Raja". Hingga kini nama Paya Raja masih kekal tetapi payanya tidak diusahakan orang kampung kerana selalu berlaku banjir dikawasan ini.

Mengikut empunya cerita, semasa pembukaan Paya Raja itu, diadkan pesta kecil2lan iaitu acara joget lambak pada malamnya dan pada siangnya diadakan permainan, iaitu beradu kepandaian menangkap ikan haruan dengan tangan, siapa mendapat tangkapan paling besar dikira pemenang. Semua yang hadir boleh mengambil bahagian, untuk memulakan acara Raja menangkap seekor ikan haruan lebih kurang sebesar lengannya, lalu dia berkata, "siapa yang boleh menangkap haruan lebih besar dari ini dikira pemenang"....."keris emas ini adalah habuannya"...


Al-arakian maka berlumba-lumbalah orang kampung terjun kedalam paya itu untuk menangkap haruan, kebanyakan haruan yang ditangkap tidak dapat menandingi saiz yang ditangkap oleh Raja. Raja melaungkan kata2 semangat supaya peserta lebih bersungguh-sungguh. Nak dijadikan cerita tah macamana ada seorang peserta kebetulan berada disebelah Raja dapat menerpa sesuatu didalam air itu, sementara tangannya msaih didalam air, lalu dia berkata kepada raja, "patik dapat seekor tuanku"... "itu beta yang punya"...kata raja, "betul... patik dapat seekor besar punya"... Kalau kamu tidak percaya sila bawa naik kedaratan"...kata raja. Ketika itu air didalam paya itu ada separas pinggang, maka apa yang berlaku didalam air itu tidak kelihatan. Raja dan rakyat yang setia itu berjalan sambil memegang haruan yang sama menuju daratan, mereka berjalan mengiring terbongkok-bongkok sambil bertentangan bahu. Apabila sampai ditempat yang lebih cetek, alangkah terkejutnya  rakyat yang setia itu kerana baru dia tersedar apa yang dipegangnya bukanlah ikan haruan, tetepi bendanya lain, Dengan tersipu-sipu beliau melepaskannya, "benarlah kata Tuanku ini tuangku punya", "Itulah yang beta maksudkan"...kata raja sambil tersenyum. "Sungguh tak kusangka sebesar ini pun ada yang memilikinya",....kata hamba yang setia seperti tidak percaya.

Orang kampung yang melihat kejadian berbisik-bisik, patutlah semua isteri raja lari, rupanya inilah penyebabnya...sejak itu tiada lagi orang kampung yang berani menyerahkan anak daranya. Raja pula hanya tinggal disitu selama setahun lebih sahaja. Setelah semuanya selesai Raja dan rombongannya pulang ke negerinya..

Type R

No comments: