Thursday, July 8, 2010

TOL!!!



gambar hiasan


Ini bukan cerita tol-tol jlnraya atau lebuhraya yg korang selalu jumpa. Tapi, ini cerita tentang tol yg perlu dilalui oleh pengantin2 lelaki yg chobak ingin mengahwini wanita2 Johor. Hehehe...



Hari minggu yg lepas, Ahad 4 Julai 2010, aku balik kampung wife ku kat Pekan Nenas, Pontian, Johor sebab adik ipor aku yg perempuan tue kawin daa. Suaminya org Simpang Pulai, Perak. Di pendekkan cerita tibalah saatnya pengantin lelaki tiba dgn diiringi paluan kompang bersama pengapitnya dan rombongan. Masa tu Aku tgh basuh cawan. Aku perintah budak2 Dept. air, "Oi, budak2! Ikut abg, kita pg buat 'tol'!" Aku pun terus ke pagar pintu masuk rumah dan beridiri tunggu kat situ ngan bdk2 tue. Masa tu pengantin lelaki tgh melayan org2 bersilat depan dia. Maklumlah, raja sehari la katakan. Takpe, bior dia layan silat pengantin tu. Lepas 2-3 org bersilat, pengantin lelaki & rombongan terus menuju masuk kerumah utk bersanding di pelamin Pengantin pempuan dah tunggu dah. Sampai depan aku ngan bdk2 air, aku pun terus buat isyarat berhenti pada pengantin dan pengapit. Lalu aku pun bersuara, " Assalamualaikum! Kalau nak masuk kena lah jwb pantun dulu, ye!" Pastu aku tgk org kat belakg aku rupe2nya dah ramai! Sedara mara, pakcik makcik & bdk dept air.

Aku pun bagi ler serangkap pantun,

"Misai kontot tidak percaya,
Ibarat kuda hampir mati.
Dari mana mau kemana?,
Apa hajat dtg kemari?"

Bila dengar pantun aku, bdk pengapit tu terkebil2 nak menjawab. Dah le semua org kat blkg aku teriak "Ha! Jawab. Jgn tak jawab!" Lagi ler budak tu gabra... Yelah, org perak, mana la dia tau ada pantun2 ni....Kesian lak aku tgk muka dia...Dua cuba gak jawab tapi aku tak dgr....sgt...So aku pun tak mau la rosakkan majlis, pengantin lelaki dah resah dah....

Aku pun bg lagi serangkap,

"Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dgn bajunya,
Apaguna berpakaian cantik,
Kalau tak dihulur 'fulus'nya!"

Haaaa!.... Lepas tu pengapit tu pun cepat2 bagi duit tol kat aku ngan org2 yg bersesak2 kat blkg aku tadi... aku tersenyum sambil bukak pintu pagar dan membenarkan pengantin dah rombongan masuk kedalam rumah utk bersanding di pelamin. Kesian la hai...

Itulah dia kisahnya... Jadi barangsiapa yg nak kawin dgn wanigta2 Johor, pastikan korang ada pengapit yg berpengalaman dgn adat2 org Johor ni. Bukannya niat nak mengena, cuma nak seronok2 aje...kalau tak dpt jwb pantun pun bukannya tak dapat masuk.... tapi duit tol tu mmg kena standby brader. Kadang2 sbl nak masuk umah pengantin pempuan, banyak tol yg menghalang, sampai kat kaki pelamin pun ada lagi! Tu lum lagi tol Mak Andam. Tol dia la yg paling besar. Paling murah rm50, tapi aritu diorang kena bagi rm100 kat mak andam. Tu namanya duit 'bukak kipas' sebab mak andam tutup muka pengantin pempuan ngan kipas. Lu tak bg lu tak leh duduk kat pelamin tue tau!

No comments: