Tuesday, June 29, 2010

Along mata duitan



Pada hari ini 29 Jun 2010, maka tamatlah penantian seorang Along. Aku terpaksa menyerahkan wang perlindungan sebanyak Rm1000 kepada Abg Jembalangz. Sebenarnya penyerahan ini bukanlah dengan kerelaan sepenuh hati aku, tetapi aku dah tidak tahan lagi didesak dari bulan ke bulan sebelumnya.

Walaupun begitu Abg Jembalangz tidak begitu berpuas hati kerana semua wang perlindungan itu akan digunakan untuk cukai jalan dan ansuran keretanya. Itu yang muka nampak cam ketat jer....Dengan terpatrinya perjanjian damai ini maka tenang sikit hidup aku dan juga warga kamera Dpt. (kak Yatie)


Pada rancangan asalnya wang itu bolehlah digunakan untuk horey, horey ker cam main bowling contohnya, tapi nampaknya hampa belaka.

Bekas samseng Flat San Peng, KL. Chinese look ini begitu hampa dan tidak bermaya walaupun parang ada ditangannya....mampos aku kalau dia tau aku kutuk dia ni...

Abg Tapa aku lantik sebagai saksi dan sekaligus bodyguard aku.....





Type R....

Monday, June 28, 2010

Cara memancing ikan yang berkesan


Pada cuti minggu lepas aku balik kampung, dah lama sangat tak jengok saudara mara disana. Khabarnya dah naik jambatan baru merentasi sungai Pahang di kampung aku, ni balik ni kira nak rasmikan jambatan tu la,(perasan...) Dari cerita orang kampung, jambatan tu ada menyimpan kisah misteri, kisahnya dah beberapa kali terkena kepada pengguna jambatan tu. Ceritanya bermula dikala malam selepas solat maghrib sesiapa yang terpilih akan ditumpangi oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil. Yang peliknya dia hanya ingin keseberang sahaja, hadirnya didalam kereta dengan tiba2 pabila sampai keseberang dia pun hilang. Nantilah aku suruh orang tv3 dari rancangan kisah misteri buat liputan, baru tau lebih lanjut.

Agenda pertamanya aku nak memancing ikan je, dah gian sangat rasanya nak casting (main tarik2) dengan ikan. Petang itu aku ajak Lan tuan punya sangkar ikan talapia memancing tidak jauh dari sangkar ikannya, (Dia ni sepupu aku) ini peluang baik, sebab kelengkapan pancingnya cukup.

Dah hampir sejam aku kat situ, seekor ikan pun tak makan umpan. Agaknya dalam sungai ni dah takda ikan lagi, tak guna diorang ni sampai habis ikan dalam sungai Pahang ni diorang belasah sampai tak tinggal kat aku sikit, dahlah datang jauh2. Akhirnya aku main tektik kotor, aku baling mata pancing aku kat dalam sangkar Lan, begitu saja umpan jatuh kedalam sangkarnya berebut-rebut ikan meragutnya. Aku jadi seronok, ini bagi aku satu idea, ikan yang lekat pada mata pancing tadi aku masukkan kedalam sungai sambil mata pancingnya masih melekat pada mulutnya, wah seronok wooo, ikan tadi main tarik2 ngan aku. Lan tengok je gelagat aku sambil beri tunjuk ajar. Ada member tu jeles ngan aku, dia pun nak buat jugak, boleh kata Lan tapi kena bayarlah, ikut harga ikan tu. Oleh kerana aku tak berapa gemar sangat ikan talapia maka  petang tu aku pancing 3 ekor je buat pelepas rindu. Lepastu aku buat2 nak bayar semua ikan tu, tapi aku tau dah Lan takkan nak punya duit aku...

Kira okgaklah daripada beli kat pasar. Sampai KL aku kelentong bini aku, betapa payahnya aku pancing ikan pastu pulak nak tunjuk kat dia bahawasanya skill memancing masa kecik dulu masih ada. Korang dah tau jangan bocor rahsia..


Sape-sape yang payah nak dapat ikan tiru macam saya...

......Type R.....

England Goblok?

photo source : www.fifa.com

Mlm semalam menyaksikan Englang dibelasah dgn rakusnya oleh German. 4-1. Semuanya dek kerana counter-attack German yang mmg bagus. Aku rasa pemain yg goblok semalam ialah :

1) Terry- Banyak sgt buat silap. Positioning pun out. Konsentrasi pun hilang camtu jer..

photo source : www.fifa.com

2) Rooney - Aku tgk dia mcm tak enjoy main utk England sepanjang Piala Dunia. Gameplay dia bosan..tak creative langsung...Mcmn Man U leh simpan lg dia ni? Tevez yg bagus camtu leh di jual...
photo source : www.fifa.com

3) Milner - Main nak senang jer...dpt bola terus nak cross... striker dah ler katik2 semua.. lain la kalu dah bubuh Crouch ker Heskey ker...

Kesimpulannya barisan pertahanan England semalam terlalu push-up dan lmbt nak closing down. Menyebabkan diorang tak larat nak lari kejar counter-attack German yg aku tgk main direct pass jer...rilek jer... Syabas buat German & fannya. nasib juga tak menyebelahi England bila gol Lampard tak dikira padahal kalau tgk video dah tentu masuk. Aku rasa dah tiba masanya FIFA guna pakai teknologi canggih yg ada sekarang ataupun buat cam EUFA yg letak seorang lagi refferee kat belakang gol.

photo source : www.fifa.com

Apa2pun, segala komen korang dan pandangan2 lain amat aku alu-alukan dlm post baru aku ni.

Buenos Dias, Amigos!
Viva el-Matador!

Materabak@Antuskudus

Friday, June 25, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Selamat datang ke blog kitorang. Sebab apa aku cakap kitorang, sebab ini blog bukan aku sorang yg poonya! Ini blog ada 4 orang founder a.k.a SOP (tul tak Jembz?) Aku adalah salah sorang dpdnya. Sebelum tu, ada lebih baik aku perkenalkan sorang-sorang ahlil 4nonGoblok.

Ikut susunan avatar....


1) Jembz@Jembalangz@K-Rexz - merupakan mantan samseng Flat San Peng, KL. Chinese look. Kepala dia besor. Dia pernah cerita kat aku, masa dia nak kawin dia nak beli songkok, tapi takde saiz. So songkok dia kena tempah. (custom made)....giler besor siot. Anak bongsu dpd entah brp org adik-beradik ntah. Walaupun dah kawin tapi masih duduk ngan mak (which is good la beb...ilek ar...) Die-hard-fan Liverpool. Gaya jalannya masih lagi mcm samseng. Kalau bercakap mmg macam paip bocor daaaa... Tapi dlm hatinya ada taman. Nasib baik dia suka genre muzik yg aku suka....kalau tak tak hingin aku nak berblog sekali ngan dia.

2) Buttercup@liza burung hantu - Satu-satunya bunga di blog ini. Sepertimana korang tgk avatarnya, seperti itulah mukanya. Dia ni pun nasib baik minat Queen cam aku. Dia ni tak makan ikan dan semut. Satu nikmat dalam dunia ni yang dia terlepas. Aku rasa antara 4 org kami ni dia yg paling rajin... (pasal tu ko ajak dia ni Jembz?) hehehe ilek Liza jgn marah....Masuk hutan menunggang 4x4 adalah sukan lasak kegemarannya. (nasib jer tu...ikut kakak....eleh) Tapi aku heran mcmana dia boleh terer main Fantasy Football!? Geram tul aku....

3) Antuskudus@materabak@al-saprani - Aku ler tu... rasanya cam tak adil aku cerita pasal aku sendiri... "Oi Sab! Meh sini ko taip!"..... (lepas kurungan ni Sab yg taip tau dan ditambah oleh Liza jugak) Dia ni budak Jawa peranakan (JP), suka main bola, dalam tangannya ada besi, kepalanya hanya ditumbuhi rambut sepanjang 1cm sahaja. Selebihnya di dagu.. sehingga boleh digenggam.. hahaha.. Dia ni mahir dalam pelbagai bahasa contohnya, Tamil, Jepun, Cina, Sepanyol dan Rusia. Tapi semua yang dia cakapkan tu, dia sendiri pun tak paham..Penyokong kuat Los Ches (Valencia CF, La Liga)...David Villa dah masuk Barca la oi...padanla muko kau!

4) Type'R"@sabsabsoi@ustak - Merupakan manusia yg cacat sebutan "R" nya. Dari situlah dtg type R tu. Anggota yg paling tua sekali... hahaha... tapi harus di ingat dialah yg berwajah paling muda antara kami. (botox kot...). Peminat setia lagu2 dangdut dan 60an. Walaupun begitu, setiap kali aku ngan Jembz mempunyai kemusykilan agama, kami mmg tanya si Ustak ni lah... dan setakat nilah, Ustak masih steady menjawab soalan2 kemusykilan agama kami... Hebak mu Ustak! Sebenarnya terdapat persamaan diantara Jembalangz, Antuskudus dan Type R, ialah kami sama2 tinggal berhampiran dengan SURAU...

Demikian ler serba ringkas tentang kami semua di 4nonGoblok ni. Aku harap korang percaya mende ni. Antara antuskudus ngan ustak, bukan lah salah avatarnya.

Buenos Dias, Amigos!












Coming Soon

4 nonGoblok,

Coming Soon!