Monday, July 19, 2010

Tapi....

Drama begini jika kita teliti betul2 memang sesuai dijadikan contoh terbaik

Macam dalam drama tv atau filem Melayu perkatan TETAPI amat aku tunggu2, tujuannya ialah untuk aku meneka-neka perkataan apa akan disambung setelah perkataan tetapi itu....contohnya berbunyi begini, "tapi ayah", siayah akan menyambung ayat itu dengan berkata, "tiada tapi2nya lagi, apa yang ayah kata mesti diikuti". Banyak lagilah contoh ayat dari perkataan tetapi itu, yang boleh dijadikan bukti. Kita semacam dapat mengagak selepas tetapi ni nanti mesti kena sampuk punya....bila tekaan itu betul, aku akan tergelak sendirian, kadang tu bini aku naik hairan mengapa cerita tak lawak pun aku boleh ketawa, inilah puncanya. Apa yang menjadi persoalannya ialah betulkah kita berbicara seperti itu dalam hidup kita seharian?...mungkin pernah orang dulu2 kod...tetapi sekarang ni apabila tiba diperkataan tetapi, tiada pula orang lain menyampuk...aku pernah cuba2 bercakap ala2 drama minggu ini dengan menyampuk cakap bini aku, dia suruh aku urut kaki dia, aku sampuk begini jer..."tapi aza..... yang hairannya dia terdiam selepas itu, sebenarnya aku mengharabkan dia sambung ayat itu dengan berkata "tiada tapi2 lagi, atau "tapi apalagi, selepas terdiam sebentar baru dia sambung semula ayatnya dengan berkata "abang ni kenapa..."?

Maknanya dalam perbualan kita sehari-hari, orang tidak menyampuk selepas perkataan tetapi itu, cuma dalam drama sahaja begitu. Untuk meyakinkan lagi korang, aku cuba gunakan ayat ini dengan kawan2 pula, ada sekali tu Mamat ni suruh aku macam2 itu dan ini, aku sampuk, "tapi Ayie"... "tapi kepala hotak kau"...dia mencarut selepas itu... dia ni tak boleh dibawak berpakat langsung. Setakat ini rasanya ayat Ayie yang paling berketepatan dengan tetapi... kalau korang tidak begitu pasti cubalah sendiri.....selamat mencuba....

Type R

No comments: