Tuesday, June 29, 2010

Along mata duitan



Pada hari ini 29 Jun 2010, maka tamatlah penantian seorang Along. Aku terpaksa menyerahkan wang perlindungan sebanyak Rm1000 kepada Abg Jembalangz. Sebenarnya penyerahan ini bukanlah dengan kerelaan sepenuh hati aku, tetapi aku dah tidak tahan lagi didesak dari bulan ke bulan sebelumnya.

Walaupun begitu Abg Jembalangz tidak begitu berpuas hati kerana semua wang perlindungan itu akan digunakan untuk cukai jalan dan ansuran keretanya. Itu yang muka nampak cam ketat jer....Dengan terpatrinya perjanjian damai ini maka tenang sikit hidup aku dan juga warga kamera Dpt. (kak Yatie)


Pada rancangan asalnya wang itu bolehlah digunakan untuk horey, horey ker cam main bowling contohnya, tapi nampaknya hampa belaka.

Bekas samseng Flat San Peng, KL. Chinese look ini begitu hampa dan tidak bermaya walaupun parang ada ditangannya....mampos aku kalau dia tau aku kutuk dia ni...

Abg Tapa aku lantik sebagai saksi dan sekaligus bodyguard aku.....





Type R....

No comments: