Monday, June 28, 2010

Cara memancing ikan yang berkesan


Pada cuti minggu lepas aku balik kampung, dah lama sangat tak jengok saudara mara disana. Khabarnya dah naik jambatan baru merentasi sungai Pahang di kampung aku, ni balik ni kira nak rasmikan jambatan tu la,(perasan...) Dari cerita orang kampung, jambatan tu ada menyimpan kisah misteri, kisahnya dah beberapa kali terkena kepada pengguna jambatan tu. Ceritanya bermula dikala malam selepas solat maghrib sesiapa yang terpilih akan ditumpangi oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil. Yang peliknya dia hanya ingin keseberang sahaja, hadirnya didalam kereta dengan tiba2 pabila sampai keseberang dia pun hilang. Nantilah aku suruh orang tv3 dari rancangan kisah misteri buat liputan, baru tau lebih lanjut.

Agenda pertamanya aku nak memancing ikan je, dah gian sangat rasanya nak casting (main tarik2) dengan ikan. Petang itu aku ajak Lan tuan punya sangkar ikan talapia memancing tidak jauh dari sangkar ikannya, (Dia ni sepupu aku) ini peluang baik, sebab kelengkapan pancingnya cukup.

Dah hampir sejam aku kat situ, seekor ikan pun tak makan umpan. Agaknya dalam sungai ni dah takda ikan lagi, tak guna diorang ni sampai habis ikan dalam sungai Pahang ni diorang belasah sampai tak tinggal kat aku sikit, dahlah datang jauh2. Akhirnya aku main tektik kotor, aku baling mata pancing aku kat dalam sangkar Lan, begitu saja umpan jatuh kedalam sangkarnya berebut-rebut ikan meragutnya. Aku jadi seronok, ini bagi aku satu idea, ikan yang lekat pada mata pancing tadi aku masukkan kedalam sungai sambil mata pancingnya masih melekat pada mulutnya, wah seronok wooo, ikan tadi main tarik2 ngan aku. Lan tengok je gelagat aku sambil beri tunjuk ajar. Ada member tu jeles ngan aku, dia pun nak buat jugak, boleh kata Lan tapi kena bayarlah, ikut harga ikan tu. Oleh kerana aku tak berapa gemar sangat ikan talapia maka  petang tu aku pancing 3 ekor je buat pelepas rindu. Lepastu aku buat2 nak bayar semua ikan tu, tapi aku tau dah Lan takkan nak punya duit aku...

Kira okgaklah daripada beli kat pasar. Sampai KL aku kelentong bini aku, betapa payahnya aku pancing ikan pastu pulak nak tunjuk kat dia bahawasanya skill memancing masa kecik dulu masih ada. Korang dah tau jangan bocor rahsia..


Sape-sape yang payah nak dapat ikan tiru macam saya...

......Type R.....

No comments: