Friday, June 25, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Selamat datang ke blog kitorang. Sebab apa aku cakap kitorang, sebab ini blog bukan aku sorang yg poonya! Ini blog ada 4 orang founder a.k.a SOP (tul tak Jembz?) Aku adalah salah sorang dpdnya. Sebelum tu, ada lebih baik aku perkenalkan sorang-sorang ahlil 4nonGoblok.

Ikut susunan avatar....


1) Jembz@Jembalangz@K-Rexz - merupakan mantan samseng Flat San Peng, KL. Chinese look. Kepala dia besor. Dia pernah cerita kat aku, masa dia nak kawin dia nak beli songkok, tapi takde saiz. So songkok dia kena tempah. (custom made)....giler besor siot. Anak bongsu dpd entah brp org adik-beradik ntah. Walaupun dah kawin tapi masih duduk ngan mak (which is good la beb...ilek ar...) Die-hard-fan Liverpool. Gaya jalannya masih lagi mcm samseng. Kalau bercakap mmg macam paip bocor daaaa... Tapi dlm hatinya ada taman. Nasib baik dia suka genre muzik yg aku suka....kalau tak tak hingin aku nak berblog sekali ngan dia.

2) Buttercup@liza burung hantu - Satu-satunya bunga di blog ini. Sepertimana korang tgk avatarnya, seperti itulah mukanya. Dia ni pun nasib baik minat Queen cam aku. Dia ni tak makan ikan dan semut. Satu nikmat dalam dunia ni yang dia terlepas. Aku rasa antara 4 org kami ni dia yg paling rajin... (pasal tu ko ajak dia ni Jembz?) hehehe ilek Liza jgn marah....Masuk hutan menunggang 4x4 adalah sukan lasak kegemarannya. (nasib jer tu...ikut kakak....eleh) Tapi aku heran mcmana dia boleh terer main Fantasy Football!? Geram tul aku....

3) Antuskudus@materabak@al-saprani - Aku ler tu... rasanya cam tak adil aku cerita pasal aku sendiri... "Oi Sab! Meh sini ko taip!"..... (lepas kurungan ni Sab yg taip tau dan ditambah oleh Liza jugak) Dia ni budak Jawa peranakan (JP), suka main bola, dalam tangannya ada besi, kepalanya hanya ditumbuhi rambut sepanjang 1cm sahaja. Selebihnya di dagu.. sehingga boleh digenggam.. hahaha.. Dia ni mahir dalam pelbagai bahasa contohnya, Tamil, Jepun, Cina, Sepanyol dan Rusia. Tapi semua yang dia cakapkan tu, dia sendiri pun tak paham..Penyokong kuat Los Ches (Valencia CF, La Liga)...David Villa dah masuk Barca la oi...padanla muko kau!

4) Type'R"@sabsabsoi@ustak - Merupakan manusia yg cacat sebutan "R" nya. Dari situlah dtg type R tu. Anggota yg paling tua sekali... hahaha... tapi harus di ingat dialah yg berwajah paling muda antara kami. (botox kot...). Peminat setia lagu2 dangdut dan 60an. Walaupun begitu, setiap kali aku ngan Jembz mempunyai kemusykilan agama, kami mmg tanya si Ustak ni lah... dan setakat nilah, Ustak masih steady menjawab soalan2 kemusykilan agama kami... Hebak mu Ustak! Sebenarnya terdapat persamaan diantara Jembalangz, Antuskudus dan Type R, ialah kami sama2 tinggal berhampiran dengan SURAU...

Demikian ler serba ringkas tentang kami semua di 4nonGoblok ni. Aku harap korang percaya mende ni. Antara antuskudus ngan ustak, bukan lah salah avatarnya.

Buenos Dias, Amigos!












3 comments:

CarNiz said...

motif blog ni??

4nongoblok said...

utk menambahkan oksigen dlm badan dan jugak organ2 kuman yg berada ditubuh kita...blogs nie umpama zines yg kontent dia berbagai....dari dunia hingga ker akhirat..isyaallah!...

barakat salamat
Jembalangz K-Rexz

materabak said...

Motif awan larat dan bunga lawang juga digunakan untuk menerapkan aspek seni budaya melayu daripupus ditelan zaman arus pemodenan yang pantas meninggalkan kita yang bergelar insan marhain berbangsa Melayu.