Thursday, September 2, 2010

Melawat Antuskudus@materabak

Tengahari tadi, kami (Aku, Aye, Sab & Azuan) melawat sahabat kami, Antuskudus@materabak di Hospital Ampang Puteri. Pada mulanya kami masih belum paham apakah sebenar sakit beliau ni, sebabnya, seingat aku dia dah mula mengatakan sakit perut sejak minggu lepas lagi. Last dia keje last week hari selasa, dia lepak office aku time break and cerita pasal masa terawih dia sakit perut sgt2. Pastu Rabu dia m.c, Khamis pun dia m.c. Khamis tu dia kata dia nak gi hospital sbb sakit perut sangat2 and maybe masuk wad. Tapi setelah gi Klinik, Dr kata perlu ke hospital segera. Setelah gi hospital lak, sampai 2 hospital dia pegi, Dr kata usus dia tersumbat, tp Dr kata tak yah masuk wad, Dr setakat kasi ubat julap je supaya dia buang air. hari jumaat tu OTW balik ke kg, aku call nak tanya khabar, dia kata ubat Dr kasi tak berkesan sgt pun, masih sakit lagi. So aku pikir cuti panjang ni ok la dia kot, dapat berehat. Tapi Selasa malam tu aku bukak FB, ada rakan mengatakan dia dah masuk wad. terkejut gak aku, 10 mlm masuk wad.. serius tu. So, masa break hari Rabu, kami pun melawat beliau di Hospital Ampang Puteri, wad 510 tingkat 5.
[bersama rakan nya yg lebih 10 tahun x jumpa.. mujur ada FB..]
[makanan yang sungguh menyelerakan, tp antus x leh makan sbb nak kena operate]

Setelah melawat beliau dan di 'explain' kan tentang sakitnya ini maka apa yg dapat aku paham adalah saluran pusatnya bengkak dan perlu dibedah di bahagian itu. Aku sebenarnya ngeri nak tengok, tapi bengkaknya sehingga di bahagian pusatnya timbul dan sangat sakit kalau batuk, sampai keluar darah & nanah. Menurut cerita beliau, pada hari Isnin, beliau pergi lagi ke hospital, tetapi Dr tetap mengatakan tak perlu masuk wad, Dr hanya mengambil sample nanah dan beri antibiotik dan minta beliau datang lagi seminggu kemudian, tetapi pada hari Selasa, setelah berbuka, beliau mengajak isterinya ke Hospital Ampang Puteri kerana sudah tidak tahan sakitnya. Maka malam itu, Dr terus minta beliau masuk wad, berikan painkiller dan mengatakan beliau perlu dibedah pada keesokkan harinya.
[bersama berbincang isu insurans]
[nurse ni x kasi antus bercakap]


Aku doakan agar sahabat kita ni segera sembuh. Amin.

- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

No comments: