Monday, September 20, 2010

Berita Nongoblok



(Photo ini diambil dari atas helicopter)
 Ahli 4 nonGoblok sedang bergambar kenang-kenangan setelah selesai memasang gambar 
pada billboard di Jalan Ampang, dari kiri Jembalangz, Buttercup, Antukudus dan Sabsoi 
(duduk di kakilima billboard)  


Baru2 ini penduduk warga kota gempar apabila melihat  billboard besar  yang terpacak ditepi jalan Ampang berhampiran KLCC. Ini adalah billboard yang terbesar yang pernah terpacak dikawasan itu setakat ini. Menurut beberapa sumber yang tidak boleh dipercayai, billboard itu ditaja oleh salah sebuah percetakan yang terbesar di Malaysia. Billboard ini menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kerana mesej yang disampaikan tidak difahami.

Billboard itu siap terpasang  pada 18 Ramadhan 1431H, dan menelan belanja RM 50,000. Ukuran tingginya ialah 70 meter dari paras laut. Menurut kontraktor mendapat tender projek itu, mereka sangat teruja kerana projek pertama ini,  sangat mencabar kerana bukan senang untuk memasang billboard yang setinggi ini. Kami terpaksa menggunakan helikopter untuk memasangnya dan helikopter itu dipandu sendi oleh kami (Eliza) "tah mana dia belajar tah terpengaruh dengan TV kod"... Apa yang sangat membanggakan kami ialah, semua proses dari A to Z dilakukan sendiri oleh kami iaitu "4 nonGoblok" ini  dikira dari membersihkan tapak projek, memotong besi hinggalah selesai projek.  Dengan kejayaan projek ini kami banyak lagi menerima projek mega, tetapi semuanya kami tolak kerana menurut pendapat pengurus projek 4 nonGoblok, jembalangz, kumpulan Mega sudah ketinggalan, lagunya : Sekuntum bunga sakura di gurun Sahara dan Bayangan gurauan tidak lagi didengar orang, (bangsat tol pendapat dia) kami sedang melobi projek yang mendekatkan kami dengan ahli politik, dan projek yang kami mahu ialah projek yang dipolitikkan baru cepat naik, tegasnya.

Walaupun syarikat kami menempa kejayaan dengan billboard ini, ada juga berita yang tidak sedap didengar umpamanya, kemalangan jalanraya semakin bertambah dijalan Ampang berhampiran billboard itu kerana pemandunya terlalai kerana kagum melihat billboard yang bergitu besar. Setakat ini sudah 30 buah kemalangan kecil dan dua kemalangan maut dikawasan itu, semuanya berpunca dari melihat billboard itu. Walaupun begitu semangat kami tidak hilang begitu sahaja, kami akan terus berusaha mencipta rekod dunia pula selepas ini.

No comments: