Saturday, August 7, 2010

Kambing berkaki 2


Kambing kacukan dengan ayam kod....
Baru2 ini Type-3 mendapat SMS dari kenalan lama di China, beliau ingin mengajak penulis bercuti ditempatnya seminggu, penulis sebenarnya tertarik tetapi amat keberatan, kerana banyak masalah dalam negeri belum lagi selesai, mana mungkin ingin menambah masalah lagi di luar negara pula. Oleh itu penulis menolak pelawaan itu dan menggantikan dengan penilis lain. Orangnya lebih kurang senasib dengan penulis juga iaitu ada masalah R, memang semua penulis type-R ada masalah R belaka. Kesemua mereka ini telah menjalani ujian sebutan R terlebih dahulu, jika sebutan Rrrr ya kedengaran pelik, dialah yang terpilih menjadi ahli Type-R. Inilah berita hasil lawatan seminggu beliau ke Negeri China, sedangkan belanja minyak untuk menghantar beliau ke KLIA aku pinjam duit kutu Abg Jai...

Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.
Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.
“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.
“Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. – Type R


Kenderaan yang digunakan oleh penulis ketika membuat liputan berita di China.

No comments: