Thursday, June 23, 2011

Happy :)





Aku happy di tempat baru. Aku rasa lebih dihargai dgn pengalaman yg aku ada. Semoga kawan2 aku juga akan berjaya di masa akan dtg dan gembira selalu. Amin...




‎"Sometime things have to fall apart to make way for better things."- ted mosby -


- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Sunday, June 12, 2011

Sedih...


Aku sedih. Hari Isnin ni adalah hari terakhir aku di tempat kerja sekarang. Sebab aku akan mula kerja di tempat baru pada hari Rabu. Selasa aku cuti untuk test masa utk aku pergi kerja di tempat baru.

Aku sedih kerana :
1) Gaji lambat - so x dpt nk kluar ngan kengkawan.

2) kawan2 aku insensitive - sbb dari last week aku dh ckp aku nk kluar ngan diorg waktu lunch, tp diorg x ingat pun. Tinggal kan aku lagi adalah. :'(

3) Kawan2 aku x lepak pun ngan aku waktu minggu2 terakhir aku kat office, kecuali antus je yg rajin lepak dan borak2 ngan aku kt offc. Mmg selama ni aku lepak kat tempat diorang kalo nk borak, tp minggu terakhir ni aku bnyk benda nk settle, kemas meja, copy file, susun file biar boss aku senang cari dsbgnya. Tp diorang pun sebelum ni ada gak lepak kat office aku, cuma minggu terakhir ni takde pun nak lepak kat office aku. Sedih aku. Aku sedih. :'(

4) Selama 3 tahun aku di sini, aku dah anggap diorang ni sebahagian dari hidup aku. Setiap pagi aku akan port borak kat tempat diorang, mcm2 isu la dari bola, makanan, movie, music dsbgnya. Kalau ada pendapat nk tanya pasal design ke, dan apa2 sajalah, macam2 ilmu/pandangan yang dikongsi bersama. So,lepas ni walaupun kami masih berkawan, tp tak akan sama mcm dulu.

Diorang ckp Isnin ni diorang dah plan nak makan2 kat luar sbg farewell utk aku. Tp, apa yg diorang x paham adalah, bukan itu semua yg aku mahukan. Apa yg aku nak adalah spend masa2 terakhir aku kat situ bersama diorang, maksudnya lepak borak2, kluar waktu lunch, even lepak mkn kat nasi ayam tepi longkang pun aku x kisah, yg penting aku nak lepak2 je ngan diorang. Dengar all the silly jokes, gelak2 dsbgnya. Tp, diorang ni memang insensitive, tak paham langsung. Aku pun pelik, sbb masing2 nya dah kawin, patutnya dah paham perangai p'puan ni. Oh Man,.... there are still a lotttttttsssss u guys have to learn about women. Tp walaumacam mana pun, TQVM antus sbb lepak ngan aku kat offc. Aku x akan lupa kat korang. Dan aku harap, korang pun x lupa kat aku nanti. Isnin ni aku nak settlekan kerja2 copy mengcopy file dan kemas mengemas meja aku secepat mungkin, then aku akan lepak ngan korang, walaupun aku masih sedih sbb korang ignore aku ari tu, tp x pe lah sbb aku x nak tinggalkan tempat kerja ni dlm keadaan yg x puas hati, aku nak happy2 pada hari terakhir aku.



‎"Sometime things have to fall apart to make way for better things."- ted mosby -




- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Friday, May 6, 2011

Hijrah



Aku akan berhijrah ke persekitaran kerja yang baru.

Maksudnya..aku akan:
1) Berpisah dengan kawan2 aku di pejabat.. Jembz, Antus & Sab.
2) Berpisah dengan Mac aku berserta 24-inch LED Cinema Display.
3) Mulakan mencari kawan2 baru di tempat baru.
4) Terpaksa mencari port baru makan.
5) Takde geng main bowling
6) Main fantasy football jarak jauh
7) Takde port nak lepak kalau boring
8) Hanya dpt contact lepas ni dngn kawan2 melalui fb/hp
9) X dpt jumpa kawan2 aku hari2


Aku terasa agak sedih kerana keadaan membuatkan aku terpaksa berhijrah dan dalam tempoh 3 tahun aku berada di sini, terlalu banyak kenangan suka duka yang aku lalui bersama kawan2 di sini. Tapi, harus diingat jika aku mahu maju, aku perlu berhijrah. Semoga kawan2 aku ni akan tetap update blog, kita akan sentiasa contact sesama sendiri dan bye2..



- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Thursday, March 17, 2011

Wong Fei Hung jagoan Kung fu adalah Islam





Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim 
demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, 
namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran 
fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).


Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .





Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.



Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011


Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakan-rakan.

Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Semoga rakan2 semua akan lebih rajin update blog.








- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Friday, December 10, 2010

It's a Boy!

Tahniah kepada sahabat kita Sabri @ Sabsabsoi kerana telah mendapat cahaya mata pertama lebih kurang 2 minggu lepas. Nampaknya lepas2 ni blog dia citer pasal anak je la nampaknya..

p/s Kepada Aye Jembalangz dan Antus Kudus.. dah tak de cerita ke nak update?


- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Monday, September 20, 2010

Berita Nongoblok



(Photo ini diambil dari atas helicopter)
 Ahli 4 nonGoblok sedang bergambar kenang-kenangan setelah selesai memasang gambar 
pada billboard di Jalan Ampang, dari kiri Jembalangz, Buttercup, Antukudus dan Sabsoi 
(duduk di kakilima billboard)  


Baru2 ini penduduk warga kota gempar apabila melihat  billboard besar  yang terpacak ditepi jalan Ampang berhampiran KLCC. Ini adalah billboard yang terbesar yang pernah terpacak dikawasan itu setakat ini. Menurut beberapa sumber yang tidak boleh dipercayai, billboard itu ditaja oleh salah sebuah percetakan yang terbesar di Malaysia. Billboard ini menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kerana mesej yang disampaikan tidak difahami.

Billboard itu siap terpasang  pada 18 Ramadhan 1431H, dan menelan belanja RM 50,000. Ukuran tingginya ialah 70 meter dari paras laut. Menurut kontraktor mendapat tender projek itu, mereka sangat teruja kerana projek pertama ini,  sangat mencabar kerana bukan senang untuk memasang billboard yang setinggi ini. Kami terpaksa menggunakan helikopter untuk memasangnya dan helikopter itu dipandu sendi oleh kami (Eliza) "tah mana dia belajar tah terpengaruh dengan TV kod"... Apa yang sangat membanggakan kami ialah, semua proses dari A to Z dilakukan sendiri oleh kami iaitu "4 nonGoblok" ini  dikira dari membersihkan tapak projek, memotong besi hinggalah selesai projek.  Dengan kejayaan projek ini kami banyak lagi menerima projek mega, tetapi semuanya kami tolak kerana menurut pendapat pengurus projek 4 nonGoblok, jembalangz, kumpulan Mega sudah ketinggalan, lagunya : Sekuntum bunga sakura di gurun Sahara dan Bayangan gurauan tidak lagi didengar orang, (bangsat tol pendapat dia) kami sedang melobi projek yang mendekatkan kami dengan ahli politik, dan projek yang kami mahu ialah projek yang dipolitikkan baru cepat naik, tegasnya.

Walaupun syarikat kami menempa kejayaan dengan billboard ini, ada juga berita yang tidak sedap didengar umpamanya, kemalangan jalanraya semakin bertambah dijalan Ampang berhampiran billboard itu kerana pemandunya terlalai kerana kagum melihat billboard yang bergitu besar. Setakat ini sudah 30 buah kemalangan kecil dan dua kemalangan maut dikawasan itu, semuanya berpunca dari melihat billboard itu. Walaupun begitu semangat kami tidak hilang begitu sahaja, kami akan terus berusaha mencipta rekod dunia pula selepas ini.