Friday, May 6, 2011

Hijrah



Aku akan berhijrah ke persekitaran kerja yang baru.

Maksudnya..aku akan:
1) Berpisah dengan kawan2 aku di pejabat.. Jembz, Antus & Sab.
2) Berpisah dengan Mac aku berserta 24-inch LED Cinema Display.
3) Mulakan mencari kawan2 baru di tempat baru.
4) Terpaksa mencari port baru makan.
5) Takde geng main bowling
6) Main fantasy football jarak jauh
7) Takde port nak lepak kalau boring
8) Hanya dpt contact lepas ni dngn kawan2 melalui fb/hp
9) X dpt jumpa kawan2 aku hari2


Aku terasa agak sedih kerana keadaan membuatkan aku terpaksa berhijrah dan dalam tempoh 3 tahun aku berada di sini, terlalu banyak kenangan suka duka yang aku lalui bersama kawan2 di sini. Tapi, harus diingat jika aku mahu maju, aku perlu berhijrah. Semoga kawan2 aku ni akan tetap update blog, kita akan sentiasa contact sesama sendiri dan bye2..



- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Thursday, March 17, 2011

Wong Fei Hung jagoan Kung fu adalah Islam





Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim 
demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, 
namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran 
fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).


Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .





Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.



Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011


Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakan-rakan.

Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Semoga rakan2 semua akan lebih rajin update blog.








- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Friday, December 10, 2010

It's a Boy!

Tahniah kepada sahabat kita Sabri @ Sabsabsoi kerana telah mendapat cahaya mata pertama lebih kurang 2 minggu lepas. Nampaknya lepas2 ni blog dia citer pasal anak je la nampaknya..

p/s Kepada Aye Jembalangz dan Antus Kudus.. dah tak de cerita ke nak update?


- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Monday, September 20, 2010

Berita Nongoblok



(Photo ini diambil dari atas helicopter)
 Ahli 4 nonGoblok sedang bergambar kenang-kenangan setelah selesai memasang gambar 
pada billboard di Jalan Ampang, dari kiri Jembalangz, Buttercup, Antukudus dan Sabsoi 
(duduk di kakilima billboard)  


Baru2 ini penduduk warga kota gempar apabila melihat  billboard besar  yang terpacak ditepi jalan Ampang berhampiran KLCC. Ini adalah billboard yang terbesar yang pernah terpacak dikawasan itu setakat ini. Menurut beberapa sumber yang tidak boleh dipercayai, billboard itu ditaja oleh salah sebuah percetakan yang terbesar di Malaysia. Billboard ini menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kerana mesej yang disampaikan tidak difahami.

Billboard itu siap terpasang  pada 18 Ramadhan 1431H, dan menelan belanja RM 50,000. Ukuran tingginya ialah 70 meter dari paras laut. Menurut kontraktor mendapat tender projek itu, mereka sangat teruja kerana projek pertama ini,  sangat mencabar kerana bukan senang untuk memasang billboard yang setinggi ini. Kami terpaksa menggunakan helikopter untuk memasangnya dan helikopter itu dipandu sendi oleh kami (Eliza) "tah mana dia belajar tah terpengaruh dengan TV kod"... Apa yang sangat membanggakan kami ialah, semua proses dari A to Z dilakukan sendiri oleh kami iaitu "4 nonGoblok" ini  dikira dari membersihkan tapak projek, memotong besi hinggalah selesai projek.  Dengan kejayaan projek ini kami banyak lagi menerima projek mega, tetapi semuanya kami tolak kerana menurut pendapat pengurus projek 4 nonGoblok, jembalangz, kumpulan Mega sudah ketinggalan, lagunya : Sekuntum bunga sakura di gurun Sahara dan Bayangan gurauan tidak lagi didengar orang, (bangsat tol pendapat dia) kami sedang melobi projek yang mendekatkan kami dengan ahli politik, dan projek yang kami mahu ialah projek yang dipolitikkan baru cepat naik, tegasnya.

Walaupun syarikat kami menempa kejayaan dengan billboard ini, ada juga berita yang tidak sedap didengar umpamanya, kemalangan jalanraya semakin bertambah dijalan Ampang berhampiran billboard itu kerana pemandunya terlalai kerana kagum melihat billboard yang bergitu besar. Setakat ini sudah 30 buah kemalangan kecil dan dua kemalangan maut dikawasan itu, semuanya berpunca dari melihat billboard itu. Walaupun begitu semangat kami tidak hilang begitu sahaja, kami akan terus berusaha mencipta rekod dunia pula selepas ini.

Thursday, September 2, 2010

Melawat Antuskudus@materabak

Tengahari tadi, kami (Aku, Aye, Sab & Azuan) melawat sahabat kami, Antuskudus@materabak di Hospital Ampang Puteri. Pada mulanya kami masih belum paham apakah sebenar sakit beliau ni, sebabnya, seingat aku dia dah mula mengatakan sakit perut sejak minggu lepas lagi. Last dia keje last week hari selasa, dia lepak office aku time break and cerita pasal masa terawih dia sakit perut sgt2. Pastu Rabu dia m.c, Khamis pun dia m.c. Khamis tu dia kata dia nak gi hospital sbb sakit perut sangat2 and maybe masuk wad. Tapi setelah gi Klinik, Dr kata perlu ke hospital segera. Setelah gi hospital lak, sampai 2 hospital dia pegi, Dr kata usus dia tersumbat, tp Dr kata tak yah masuk wad, Dr setakat kasi ubat julap je supaya dia buang air. hari jumaat tu OTW balik ke kg, aku call nak tanya khabar, dia kata ubat Dr kasi tak berkesan sgt pun, masih sakit lagi. So aku pikir cuti panjang ni ok la dia kot, dapat berehat. Tapi Selasa malam tu aku bukak FB, ada rakan mengatakan dia dah masuk wad. terkejut gak aku, 10 mlm masuk wad.. serius tu. So, masa break hari Rabu, kami pun melawat beliau di Hospital Ampang Puteri, wad 510 tingkat 5.
[bersama rakan nya yg lebih 10 tahun x jumpa.. mujur ada FB..]
[makanan yang sungguh menyelerakan, tp antus x leh makan sbb nak kena operate]

Setelah melawat beliau dan di 'explain' kan tentang sakitnya ini maka apa yg dapat aku paham adalah saluran pusatnya bengkak dan perlu dibedah di bahagian itu. Aku sebenarnya ngeri nak tengok, tapi bengkaknya sehingga di bahagian pusatnya timbul dan sangat sakit kalau batuk, sampai keluar darah & nanah. Menurut cerita beliau, pada hari Isnin, beliau pergi lagi ke hospital, tetapi Dr tetap mengatakan tak perlu masuk wad, Dr hanya mengambil sample nanah dan beri antibiotik dan minta beliau datang lagi seminggu kemudian, tetapi pada hari Selasa, setelah berbuka, beliau mengajak isterinya ke Hospital Ampang Puteri kerana sudah tidak tahan sakitnya. Maka malam itu, Dr terus minta beliau masuk wad, berikan painkiller dan mengatakan beliau perlu dibedah pada keesokkan harinya.
[bersama berbincang isu insurans]
[nurse ni x kasi antus bercakap]


Aku doakan agar sahabat kita ni segera sembuh. Amin.

- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Wednesday, September 1, 2010

Antus masuk Wad


Sahabat kami, antus@materabak telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri mlm tadi kerana sakit perut. Beliau kemungkinan akan dibedah pada hari ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau cepat sembuh. Tengahari ini kami akan melawat beliau.



- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"