Friday, July 16, 2010

LONGKANG PECAH sudah dibaiki











HULU KELANG 15 Julai - Hujan lebat yang turun di kawasan setempat sejak akhir-akhir ini telah mengakibatkan hakisan tanah di kawasan longkang di ibupejabat Hulu Kelang baru-baru ini. Hakisan tanah ini telah menjejaskan struktur longkang berhampiran pintu masuk kedua di ibupejabat. Namun demikian, syabas kepada pihak berwajib yang prihatin kerana kerja-kerja pembaikpulih struktur longkang ini telah dilakukan dengan pantas seterusnya berjaya mengelakkan dari kejadian tidak diingini berlaku.





- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Thursday, July 8, 2010

TOL!!!



gambar hiasan


Ini bukan cerita tol-tol jlnraya atau lebuhraya yg korang selalu jumpa. Tapi, ini cerita tentang tol yg perlu dilalui oleh pengantin2 lelaki yg chobak ingin mengahwini wanita2 Johor. Hehehe...



Hari minggu yg lepas, Ahad 4 Julai 2010, aku balik kampung wife ku kat Pekan Nenas, Pontian, Johor sebab adik ipor aku yg perempuan tue kawin daa. Suaminya org Simpang Pulai, Perak. Di pendekkan cerita tibalah saatnya pengantin lelaki tiba dgn diiringi paluan kompang bersama pengapitnya dan rombongan. Masa tu Aku tgh basuh cawan. Aku perintah budak2 Dept. air, "Oi, budak2! Ikut abg, kita pg buat 'tol'!" Aku pun terus ke pagar pintu masuk rumah dan beridiri tunggu kat situ ngan bdk2 tue. Masa tu pengantin lelaki tgh melayan org2 bersilat depan dia. Maklumlah, raja sehari la katakan. Takpe, bior dia layan silat pengantin tu. Lepas 2-3 org bersilat, pengantin lelaki & rombongan terus menuju masuk kerumah utk bersanding di pelamin Pengantin pempuan dah tunggu dah. Sampai depan aku ngan bdk2 air, aku pun terus buat isyarat berhenti pada pengantin dan pengapit. Lalu aku pun bersuara, " Assalamualaikum! Kalau nak masuk kena lah jwb pantun dulu, ye!" Pastu aku tgk org kat belakg aku rupe2nya dah ramai! Sedara mara, pakcik makcik & bdk dept air.

Aku pun bagi ler serangkap pantun,

"Misai kontot tidak percaya,
Ibarat kuda hampir mati.
Dari mana mau kemana?,
Apa hajat dtg kemari?"

Bila dengar pantun aku, bdk pengapit tu terkebil2 nak menjawab. Dah le semua org kat blkg aku teriak "Ha! Jawab. Jgn tak jawab!" Lagi ler budak tu gabra... Yelah, org perak, mana la dia tau ada pantun2 ni....Kesian lak aku tgk muka dia...Dua cuba gak jawab tapi aku tak dgr....sgt...So aku pun tak mau la rosakkan majlis, pengantin lelaki dah resah dah....

Aku pun bg lagi serangkap,

"Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dgn bajunya,
Apaguna berpakaian cantik,
Kalau tak dihulur 'fulus'nya!"

Haaaa!.... Lepas tu pengapit tu pun cepat2 bagi duit tol kat aku ngan org2 yg bersesak2 kat blkg aku tadi... aku tersenyum sambil bukak pintu pagar dan membenarkan pengantin dah rombongan masuk kedalam rumah utk bersanding di pelamin. Kesian la hai...

Itulah dia kisahnya... Jadi barangsiapa yg nak kawin dgn wanigta2 Johor, pastikan korang ada pengapit yg berpengalaman dgn adat2 org Johor ni. Bukannya niat nak mengena, cuma nak seronok2 aje...kalau tak dpt jwb pantun pun bukannya tak dapat masuk.... tapi duit tol tu mmg kena standby brader. Kadang2 sbl nak masuk umah pengantin pempuan, banyak tol yg menghalang, sampai kat kaki pelamin pun ada lagi! Tu lum lagi tol Mak Andam. Tol dia la yg paling besar. Paling murah rm50, tapi aritu diorang kena bagi rm100 kat mak andam. Tu namanya duit 'bukak kipas' sebab mak andam tutup muka pengantin pempuan ngan kipas. Lu tak bg lu tak leh duduk kat pelamin tue tau!

Monday, July 5, 2010

NASI GORENG AYAM





Ada berberapa kali kawan2 aku ni suka makan kat Nasi Goreng Ayam tepi longkang dekat2 ngan area opis kami nih. Mula2 tu aku rasa cam kurang selera gak sebab lokasinya tepi jalan betul, dekat ngan longkang...tapi aku ikut jugak . Sampailah kali ke berapa ntah makan kat sana, baru lah aku dapat appreciate gak nasi goreng ayam tepi longkang ini.. Sebabnya :

  1. Nasinya banyak (sgt.. serious banyak)
  2. Harganya berpatutan (siap ngan air baru RM5.00-RM6.00)
  3. Ayam nya Best! Juicy..Ooo La La..
  4. Boleh mintak sos lebih
  5. Lokasinya strategik (dekat ngan opis..naik kereta la..kalo jln kaki..masak gak..)
  6. Ada TV
  7. Ada Air Kelapa Muda yg fresh
  8. Servisnya pun cepat
  9. Parking free
  10. Boleh mintak sup kaki ayam (ceker kata antu & G-man..tp aku selalu kasik diorang je ceker ni)
[ Air kelapa yang fresh ]

Hmmm... banyak gak alasan yg dapat aku pikirkan.. Jadi kalo berkunjung ke opis kami ni, mari la makan Nasi Goreng Ayam ini.


[ Ayam dan Nasi yang banyak berserta sup Ceker ]

[ Sab@Type R ni je suka order lain dari kami ]







- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Saturday, July 3, 2010

Berita Pisang bertandan banyak


(Berita dalam bahasa Indonesia)
Pisang bertandan tiga ini bukan pisang ajaib, tapi memang ada jenis pisang yang selalu berbuah lebih dari satu tandan. Asalnya dari mana, tidak jelas tetapi ia tumbuh sendiri. Pemilik pisang ini menerima benihnya dari seorang teman, lalu menanamnya lalu berbuah dua tandan. Selanjutnya selalu berbuah lebih dari satu tandan. Paling banyak yang selama ini pernah terjadi, berbuah sebanyak tujuh tandan. Bentuk dan rasa buahnya prisis dengan pisang ambon.
(Berita dalam bahasa Cina pelat Melayu)
Ini pisang ha...banyak elok punya, kalau lu mau cepat kaya ini pisang sangat sesuai, tak perlu banyak tanah punya, lagi ha...satu bulan tanam tumbuh satu tandan, dua bulan tanam tumbuh dua tandan, yg paling banyak sampai tujuh tandan, kalau itu pun talak cukup juga lu orang boleh tambah sendiri itu tandan, untuk tambah itu tandan lagi ha... lu kena pandai guna itu Photoshop CS4 punya. kalau sudah pandai apa2 barang pun lu boleh tambah...Lagi satu perkara ha..ini pisang dia punya benih banyak susah mau dapat, dulu gua ada cari dekat itu Amerika tapi sudah habis tetapi rupanya tumbuh dengan subur dekat Kabiputen Bangka Tengah, Indonesia. woooiiii...yang ko baca buat hapa, ini untuk cina sahaja....
(Berita dalam bahasa Tamil tetapi dalam surat khabar Melayu)
Woiii...antu kudus meh sini ...ko tolong terjemah sikit berita ni dalam bahasa Tamil jap... Yeena tangki pudle shakti kudel kilometer kallala... (tak larat nak taip panjang sangat itu baru bermaksud nak isi minyaktu)

Korn III – Remember Who You Are [2010]


Jonathan Davis - Vocals
James "Munky" Shaffer - Guitar
Reginald "Fieldy" Arvizu - Bass
Ray Luzier - Drums

Korn's 9th studio effort, Korn III - Remember Who You Are marks a return to form for the modern metal powerhouse. Enlisting famed producer Ross Robinson, the man who helmed the boards on their first two albums, guitarist James "Munky" Shaffer explains the dynamic, saying, "Teaming up with Ross has brought that raw, emotional feeling back to the music. Ross is the only person in the world that's ever been able to draw us to that place. He reminds us why we're here, why these songs are important to our fans and why what we do as a band relates. He made us remember how our music saves lives, and he came into the picture at the perfect time. We had no record label and just wanted to make a great album. Ross stepped in at the right moment to hit the reset button."

Album yg ke 9 tidak menghampakan gua.....sekali gua dgr jer.....gua dah terasa mcm dengar album pertama "Life Is Peachy". Album sebelum nie gua rasa mcm dia org nie syok sendiri jer. Dengan pemain drum yg baru nie gua rasa cam best pulak bunyi yer...sebab sebelum nie lagu2 Korn tak der dengar double pedal. Album RWYA dengan label baru RoadRunner dan bergabung semula dengan Ross Robinson ternyata tidak menghampa. Album nie mengabungkan 2 element iaitu lama dan baru dgn producer Ross Robinson album nie bole dikategorikan Best Album 2010. Ramai mengatakan Korn stail macam NIN..bagi gua Genre Korn adalah Korn. Melainkan Davis mati baru bole jadik Korn mati....sebab suara Davis adalah suara kekuatan Korn. Gua tak bole bayangkan kalau Brian Head ader masa album nie mesti gempak giler...keluar Korn sebab nak membersihkan jiwa..lantak ko lah. Buat album pun sama stail cam Korn cuma lirik jer lebih ketuhanan (kononlah). Per barang gua citer pasal Brian...sebenarnya gua frust Brian blah dari Korn tu pasal emo skit.

Keseluruhan Gua Bagi : 4/5

p/s: Album yg layak di dgr dlm kereta pasti nak banging punyalah..lantaklah org kereta sebelah kalau dia org dgr pun, dia org mesti banging sekali punya.
Barakat =Metal K-Rexz=

Friday, July 2, 2010

BOMOH di kalangan kita




Mari kita lihat siapa yang kena... 
Keputusan akan  menentukan siapakah Bomoh di kalangan kita.



Acknowledgment : Gambar ini tiada kena mengena dengan judi kerana kami sedia maklum bahawa judi itu Haram!


- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"

Thursday, July 1, 2010

GHAIB



Ghaib ni ada bermacam2 jenis. Tapi aku nak cerita pasal ilmu ghaib. Tapi ilmu ghaib ni, bukan spt yang korang tengok kat Tv ke atau yg baca kat Mastika ke.. Ilmu Ghaib ni berlaku kat satu office tempat kawan aku kerja. Ada berberapa kes yang pekerjanya ghaib. Ada yang ghaib sewaktu nak buat kerja.. tapi muncul bila kerja selesai. Ada juga yg ghaib bila dah dekat nak gaji.. tapi bila dah lepas gaji baru muncul. Ada jugak yg kerap kali ghaib sampaikan orang ingatkan dia tak de.. rupanya dia ghaib dari pandangan rakan sekerja sahaja.. tetapi sebenarnya kelihatan di lokasi yang lain.. Memang bahaya ilmu Ghaib ni.. Kucing aku di rumah pun pandai ghaib juga.. dia hanya muncul waktu nak makan je.

Hari ni, aku gi kerja, ada 2 orang kawan aku yg ghaib.. Antus dan Sab. Antus rupanya cuti sebab adik iparnya akan melangsungkan perkahwinan, so dia sibuk la. Sab pula rupanya cuti sebab menjaga isterinya di rumah. Mungkin aku terlalu obsess dengan ilmu ghaib ni, sampaikan sapa saja yg aku x nampak, aku fikirkan sudah ghaib.

okaylah.. ini sahaja buat masa ini. Ciao...




- b u t t e r c u p -





"Art is wasted on people who have no souls"